UiTM: Legasi Institusi Berupaya Buka Peluang Kepada Generasi Seterusnya

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa legasi institusi berupaya untuk membuka peluang kepada generasi seterusnya.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid memaklumkan beliau telah berkesempatan bersama keluarga besar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) pada Sabtu.

“Semalam saya telah bersama-sama keluarga besar FPP Universiti Teknologi MARA (UiTM) meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-70 di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.

“Dengan bertemakan ‘Legacy in Motion’, saya seronok melihat para alumni kembali berkumpul, bertemu rakan-rakan lama dan berkongsi kisah perjalanan masing-masing dengan begitu meriah dan penuh nostalgia.

“Malah, sambutan ini mengingatkan kita bahawa legasi sesebuah institusi bukan pada sejarah kejayaannya semata-mata, tetapi juga keupayaan membuka peluang kepada generasi seterusnya,” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berharap agar FPP akan terus memperkukuhkan hubungan antara universiti.

“Saya berharap FPP akan terus memperkukuh hubungan antara universiti, industri dan alumni dalam melahirkan pemimpin serta usahawan yang mampu menguasai teknologi, mencipta inovasi dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Semoga jaringan alumni melalui UiTM Business Club (UiBC) terus dimanfaatkan untuk membimbing usahawan baharu, memperluas peluang perniagaan dan meneruskan legasi kecemerlangan FPP untuk generasi akan datang,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO