BN Perkukuh Kesepakatan, Perjelas Hala Tuju Bersama – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Barisan Nasional (BN) perlu terus memperkukuh persefahaman dan kesepakatan dalam kalangan parti komponennya bagi memastikan kerjasama serta hala tuju bersama terus diperkukuh.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerjasama, sebaliknya UMNO, MCA, MIC dan seluruh parti komponen perlu saling menghormati serta bergerak dengan tekad yang sama.

Menurutnya, perhimpunan berkenaan menjadi ruang untuk memperkukuh persefahaman dan memperjelas hala tuju bersama sebagai keluarga besar BN.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, fokus BN perlu kembali kepada rakyat menerusi Agenda Malaysia Biru, khususnya dalam memperjuangkan aspek ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan dan perkembangan perusahaan tempatan.

“Perhimpunan Agung MCA 2026 menjadi ruang untuk kita memperkukuh persefahaman dan memperjelas hala tuju bersama sebagai keluarga besar Barisan Nasional.

“Kekuatan BN terletak pada kesatuan tindakan, bukan sekadar kesepakatan kata-kata. Inilah semangat yang perlu kita bawa dalam mendepani cabaran mendatang,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kesatuan tindakan perlu menjadi asas kepada kerjasama seluruh parti komponen BN dalam mendepani cabaran mendatang.

Pagi tadi Datuk Seri Ahmad Zahid merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-Ke-30 di Wisma MCA, di sini, pagi tadi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO