Menjawab Persoalan Mengenai Kesiapsiagaan Kerajaan

KUALA LUMPUR 19 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab persoalan mengenai kesiapsiagaan Kerajaan menghadapi Monsun Timur Laut 2026/2027 pada sesi MQT di Dewan Rakyat hari ini.
Setakat ini, lebih 101,000 anggota daripada pelbagai agensi telah dikenal pasti untuk digerakkan, disokong ribuan aset dan peralatan menyelamat. Manakala, sebanyak 3,045 lokasi hotspot banjir di seluruh negara turut dikenal pasti bagi membolehkan tindakan dibuat lebih awal.

