Lawatan Rasmi TYT Emmanuel Macron, Presiden Republik Perancis

KUALA LUMPUR 17 Novermber — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan Jemaah Menteri hadir ke Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi TYT Emmanuel Macron, Presiden Republik Perancis ke Malaysia yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Presiden Perancis pada tahun 2017, dan hadir ketika kedua-dua negara sedang membuka ruang untuk meningkatkan hubungan sedia ada kepada Perkongsian Strategik.

