Menerima Kunjungan Delegasi Airbus

KUALA LUMPUR 13 Nov–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan delegasi Airbus yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Helicopters Mr. Matthieu Louvot di sini hari ini.
Airbus telah lama bekerjasama dengan Malaysia, termasuk melalui penggunaan produk keluarannya oleh ATM serta kerjasama dengan syarikat pertahanan tempatan dalam bidang MRO, pembangunan teknologi dan inovasi.

