Belanjawan N.Sembilan 2027 Bakal Pacu Pembangunan, Kukuhan Ekonomi Dan Kesejahteraan Rakyat

SEREMBAN, 20 Okt – Belanjawan Negeri Sembilan 2027 akan terus memberi tumpuan kepada usaha memacu pembangunan negeri, memperkukuh ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi perancangan perbelanjaan yang teliti dan berkesan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, berkata perkara itu menjadi antara fokus utama dalam Sesi Retreat Belanjawan Tahun 2027 bersama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan Negeri Sembilan yang berlangsung semalam.

Menurut beliau, sesi berkenaan bertujuan menyelaras dasar serta menetapkan keutamaan perbelanjaan negeri bagi memastikan setiap peruntukan dapat dimanfaatkan secara optimum demi kepentingan rakyat.

“Insya-Allah, Belanjawan 2027 akan terus menjadi pemacu pembangunan negeri dan pengukuhan ekonomi demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Setiap perancangan akan diteliti bagi memastikan peruntukan negeri dimanfaatkan sebaiknya untuk kepentingan rakyat dan masa depan Negeri Sembilan,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Beliau berkata, perbincangan dalam sesi berkenaan turut meneliti cadangan pembangunan yang berpotensi memberikan manfaat besar kepada rakyat, dengan mengambil kira keperluan semasa serta potensi pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Dilaporkan perasmian sidang DUN dijangka akan diadakan pada 26 November depan manakala pembentangan Belanjawan pada 27 November. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO