Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 Perkukuh Keupayaan Jalankan Tanggungjawab – Azalina

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 bukan sekadar melibatkan struktur pentadbiran baharu, tetapi bertujuan membina keupayaan Parlimen untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih baik.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, autonomi perlu disertai dengan akauntabiliti, profesionalisme dan integriti.

“Autonomi perlu datang bersama akauntabiliti, profesionalisme dan integriti,” katanya.

Beliau berkata, dengan sokongan institusi yang lebih kukuh, Parlimen dapat meneliti undang-undang, dasar serta perbelanjaan awam dengan lebih berkesan.

Menurutnya, Parlimen yang lebih kukuh bukan ancaman kepada kerajaan yang baik, sebaliknya membantu melahirkan kerajaan yang lebih berkesan, telus dan bertanggungjawab.

“Inilah tujuan reformasi ini, supaya demokrasi dan tadbir urus yang lebih baik dapat memberi manfaat sebenar kepada rakyat,” katanya lagi yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO