Keputusan Tidak Rasmi PRN NS: Saksikan Siaran Secara Langsung Facebook UMNO Online

SEREMBAN, 1 Ogos – UMNO Online membawakan siaran secara langsung keputusan tidak rasmi keputusan di kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Berlangsung di Command Centre Barisan Nasional (BN), Wisma UMNO Negeri Sembilan, di sini, ia disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online (Klik di pautan).

Sebagaimana ketika PRN Johor, di PRN Negeri Sembilan juga Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan membacakan keputusan-keputusan yang diperolehi dari setiap saluran.

Manakala Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia Shamellya Norazizi bertindak sebagai pengulas dan berinteraksi bersama pelayar maya yang mengikuti secara langsung itu.

Hari ini, sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran dibuka serentak bermula 8 pagi ini, membolehkan 859,760 pemilih berdaftar termasuk 7,391 pengundi pos menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat dan menentukan kerajaan negeri untuk penggal akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan sebanyak 65.38 peratus atau 562,133 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat jam 4 petang hari ini. – UMNO ONLINE

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO