Lawatan Ke Kolej MARA Seremban

SEREMBAN 29 Julai–Pengerusi MARA Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengadakan lawatan ke Kolej MARA Seremban bagi bertemu anak-anak pelajar di sini yang sedang membuat persediaan ke luar negara walaupun dalam kesibukan kempen Pilihan Raya Negeri Sembilan.
Gembira dapat bersua muka, bertanya khabar dan berdialog bersama anak-anak pelajar pada malam ini. Alhamdulillah, mereka antara yang terpilih daripada ribuan pemohon yang mendapat tajaan MARA serta melanjutkan pengajian ke pelbagai universiti terkemuka dunia di United Kingdom, Australia, Kanada, Perancis dan beberapa negara lain.
