Menjawab Pertanyaan Berhubung Pelaksanaan Dasar Air Pulih Guna

KUALA LUMPUR 21 Julai–Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menjawab pertanyaan berhubung pelaksanaan Dasar Air Pulih Guna (APG) sebagai antara usaha Kerajaan untuk memperkukuhkan jaminan bekalan air negara  pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15.
PETRA akan melaksanakan kajian pembangunan dasar ini bagi meneliti aspek teknikal, perundangan, kewangan, infrastruktur serta mekanisme kawal selia sebelum ia dilaksanakan secara menyeluruh. Kajian ini juga akan melibatkan sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri, operator air, IWK dan pihak industri supaya dasar yang dibangunkan benar-benar praktikal dan berkesan.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO