Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Di DUN Merlimau

JASIN 17 Julai–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri merangkap ADUN Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh serta pimpinan Kerajaan Negeri Melaka memulakan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di DUN Merlimau hari ini.
Destinasi pertama ialah Jeti Kuala Sempang. Sambil menikmati sarapan bersama nelayan, berpeluang mendengar sendiri pandangan, berkongsi cerita dan menyelami denyut nadi kehidupan masyarakat. Turut diadakan agihan ikan percuma kepada penduduk serta penyampaian sumbangan jaring bagi membantu nelayan meneruskan rezeki mereka.
