Kunjungan Menteri Pertahanan Thailand

KUALA LUMPUR 15 Julai–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan Menteri Pertahanan Thailand TYT Lieutenant General Adul Boonthumjaroen sempena lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik ke jawatan tersebut.
Sebagai negara jiran dan anggota ASEAN, Malaysia dan Thailand berkongsi pelbagai cabaran keselamatan serta pertahanan yang sama. Justeru, kedua-dua negara komited untuk terus memperkukuhkan hubungan pertahanan serta mendukung prinsip ASEAN demi memastikan rantau ini terus aman dan stabil.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO