Calon BN N. 50 Bukit Permai Melawat Mangsa Ribut

KULAI 6 Julai–Calon Barisan Nasional N. 50 Bukit Permai Datuk Mohd Jafni Md Shukor semasa menziarahi sebuah rumah di Taman Mas yang terjejas akibat ribut sehingga menyebabkan kerosakan bumbung yang agak teruk. Bila melihat sendiri keadaan rumah ini, hati saya benar-benar tersentuh kerana dalam sekelip mata, tempat berteduh sebuah keluarga boleh berubah akibat musibah yang datang tanpa diduga. Dalam keadaan begini, yang paling penting bukan sekadar simpati, tetapi tindakan segera supaya keluarga terlibat tidak terus menanggung kebimbangan dan kesusahan seorang diri.

