Meraih Undi Sekitar Kota Pulasan

TEBRAU 4 Julai–Calon Barisan Nasional N. 40 Dun Tiram Datuk Abdul Halim Suleiman menyantuni pengundi-pengundi semasa mengadakan walkabout sekitar Kota Pulasan sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di sini hari ini. Kesempatan ini dimanfaatkan untuk bertemu secara dekat dengan para peniaga, pekerja serta penduduk setempat, di samping mendengar sendiri pandangan, cadangan dan harapan mereka demi masa depan DUN Tiram yang lebih baik.

