Menerima Mengadap Di Istana Abdulaziz

KUANTAN 3 Julai–Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas limpah perkenan menerima Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengadap di Istana Abdulaziz hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku juga turut berkenan menerima mengadap duta-duta dari negara-negara Arab, sekali gus mencerminkan kewibawaan institusi Kesultanan Pahang yang terus disanjung serta dihormati di persada antarabangsa.

