Menyaksikan Pemeteraian Memorandum Persefahaman

KUALA LUMPUR 22 April–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Advanced Defence Systems Sdn Bhd bersama KNDS France dan Thales Six GTS France SAS sempena DSA & NATSEC Asia 2026 hari ini.
Kerjasama bersama KNDS memberi tumpuan kepada sistem artileri 105mm LG1 MKIII serta Caesar 155mm Self-Propelled Howitzer, termasuk pemasangan, integrasi dan ujian tempatan di Malaysia.
Kerjasama bersama Thales pula melibatkan penawaran sistem komunikasi taktikal HF XL serta pembangunan talian pemasangan radio tempatan.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO