Komitmen Kerajaan Untuk Rakyat, Mohd Zaidy Tinjau Projek Naik Taraf Lancar

ROMPIN, 13 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, turun padang bagi memastikan segala perancangan dalam kelangsungan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat berlangsung lancar. Beliau telah meninjau kemajuan kerja-kerja naik taraf pemasangan longkang di Kampung Balai Cina, di sini yang merupakan inisiatif penting dalam meningkatkan sistem saliran dan mencegah masalah banjir di kawasan terbabit. […]

» Read more

Isu Gaza: Seluruh Negara Islam, Dunia Perlu Bersatu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Seluruh negara Islam dan dunia perlu bersatu untuk menghentikan cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam membeli tanah dan mengusir penduduk Gaza. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hak penduduk Palestin di Gaza perlu dikembalikan semula agar mereka mampu hidup aman dan bebas dalam sebuah negara yang merdeka. “Dunia pada tahun […]

» Read more

Sumbangan ‘Tak Banyak Alasan’ Ringankan Beban Penduduk Putrajaya

PUTRAJAYA, 13 Feb – Team Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya bersama Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya telah meneruskan gerak kerja turun padang menerusi program sumbangan ‘Tak Banyak Alasan’ bagi membantu penduduk setempat. Ketua Penerangan UMNO Putrajaya, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan, berkata inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan dengan memberikan bantuan berbentuk barangan keperluan asas dan sokongan kebajikan. […]

» Read more

KESUMA Tubuh Majlis Perundingan, Tangani Isu Berkaitan Pekerja Gig – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah menubuhkan Majlis Perundingan untuk menangani isu berkaitan pekerja gig secara inklusif dan konstruktif. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, KESUMA mengekalkan pendekatan yang seimbang dalam mengawal selia industri gig. “Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengekalkan pendekatan yang seimbang dalam mengawal selia industri gig dan […]

» Read more

‘Hormati Perlembagaan Persekutuan, Tiada Keperluan Menteri Hal Ehwal Agama Lain’ – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap semua pihak untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan termasuk Perkara 3 yang sudah termaktub dalam menjaga keharmonian negara. Beliau malah berpandangan bahawa tiada keperluan untuk diwujudkan menteri hal ehwal agama lain seperti dicadangkan. “Hormati Perlembagaan Perkara 3 Kedudukan Islam dan Raja2 Melayu Pemelihara Islam. “Tiada keperluan menteri hal […]

» Read more

Ab Rauf Zahir Dukacita, Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran

MELAKA, 13 Feb – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas kejadian kebakaran rumah separuh kekal yang mengorbankan lima sekeluarga dalam kejadian di Kampung Berangan 6, Umbai, Merlimau, awal pagi ini. Dilaporkan, lima mangsa yang terkorban dalam kebakaran ini ialah seorang wanita berusia 35 tahun, 3 kanak-kanak […]

» Read more

Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak: Jalan Berlubang Perlu Ditampal Kurang 24 Jam – Ahmad Maslan

  KUALA LUMPUR, 13 Feb – Syarikat yang bertanggungjawab untuk menyelenggara Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak perlu menampal jalan yang berlubang dalam tempoh kurang 24 jam, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak kini sudah 99 peratus siap dan tidak mempunyai tol. […]

» Read more

Musliati Tegaskan Komitmen UMNO Terus Bersama Rakyat, Tolak Permainan Isu

KOTA KINABALU, 13 Feb – Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin menegaskan bahawa kepimpinan UMNO sentiasa menyantuni rakyat yang ditimpa musibah, selaras dengan semangat ‘dulu, kini dan selamanya’ yang menjadi pegangan parti. Ujarnya, dalam menghadapi pelbagai cabaran UMNO sentiasa berusaha berdamping dengan rakyat termasuklah mendepani bencana banjir yang melanda beberapa kawasan, malah terus tampil membantu dengan pelbagai bentuk bantuan. […]

» Read more

Peka Dengan Perubahan Cuaca, Hindari Risiko Kesihatan Akibat Cuaca Panas Dan Kering – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengingatkan rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati dalam menghadapi cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara. Beliau yang juga Presiden UMNO menjelaskan bahawa negara kini berada di fasa penghujung Monsun Timur Laut, yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac 2025. “Dalam tempoh ini, hujan semakin berkurang di […]

» Read more
1 247 248 249 250 251 306