Malaysia Tidak Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Import AS, Purata Hanya 5.6 Peratus

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import negara itu ke Malaysia. Beliau berkata, pengiraan itu dibuat berdasarkan nisbah mudah defisit dagangan AS dengan Malaysia ketimbang jumlah importnya dari Malaysia pada 2024. Anwar berkata, dakwaan ini telah digunakan sebagai asas oleh AS […]

» Read more

Kemajuan Teknologi: Kerajaan Perlu Fokus Industri Kajian Dan Penyelidikan

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berpandangan kerajaan perlu bersiap sedia dengan memberi fokus dan penekanan kepada industri kajian dan penyelidikan. Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) berkata, jika tidak diambil tindakan segera dibimbangi negara akan berada dalam situasi ketinggalan berbanding negara lain. “Saya juga berharap untuk kita melihat apakah tindakan […]

» Read more

Syahbudin Cadang Kampus Bertaraf Universiti Di Gua Musang, Selain Pembukaan Semula KPTM

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Pembukaan semula Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dilihat mampu memberi ruang kepada pendidikan tinggi dan peluang pekerjaan untuk belia luar bandar khususnya di Gua Musang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, beliau dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Kelantan turut berhasrat untuk mengangkat cadangan kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr […]

» Read more

Bidas Muhyiddin, Dr Akmal Tegaskan Beliau Tetap Melayu Dahulu Sebelum Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa “saya Melayu dulu, baru Malaysia” tidak penting lagi. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut berdoa agar Allah SWT memelihara perjuangan ikhlas demi agama, bangsa dan tanah air serta melindungi negara dari […]

» Read more

Kedudukan Ekonomi Negara Kukuh Hadapi Impak Tarif AS

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Kedudukan asas ekonomi negara yang kukuh diyakini mampu membolehkan Malaysia berdepan ketidaktentuan global secara terurus susulan pengumuman tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata, reformasi struktur yang dilaksanakan di bawah kerangka Ekonomi Madani juga dilihat dapat membantu negara untuk lebih berdaya […]

» Read more

Penerangan UMNO Bukan Tentang Individu

PENERANGAN UMNO ingin menegaskan bahawa zaman politik terbuka yang bergantung sepenuhnya kepada ceramah besar-besaran dan retorik pentas sudah berubah. Dunia politik kini menuntut pendekatan yang lebih halus, bersifat strategik dan disasarkan. Kejayaan hari ini tidak lagi bergantung kepada sorakan khalayak semata-mata, tetapi pada keupayaan untuk menembusi minda pengundi dengan naratif yang tersusun rapi. Sesetengah pihak mungkin bertanya, kenapa UMNO tidak […]

» Read more

Dewan Rakyat Rakam Takziah Pemergian Tun Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini merakamkan ucapan takziah dan penghormatan kepada Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 April lepas. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memohon Ahli-Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang beragama Islam menghadiahkan al-Fatihah serta yang […]

» Read more

Politik Khidmat Bakti Dr Fathul Berterusan Untuk Rakyat Kangar

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya meneruskan politik khidmat bakti buat penduduk di kawasan dengan menyantuni rakyat melalui program-program yang dihadiri serta pertemuan secara santai. Menerusi perkongsian di Facebook, beliau meluahkan keterujaan apabila berkesempatan bersama rakyat melalui Program Semarak Komuniti Dan Sukaneka yang berlangsung di Padang Taman Kemajuan, di Kangar. “Program […]

» Read more

UMNO Sentiasa Perjuangkan Melayu, Islam Dalam Kerangka Malaysia Majmuk

KUALA LUMPUR, 5 Mei – UMNO sentiasa memperjuangkan hak Melayu dan agama Islam berdasarkan kerangka Malaysia yang majmuk, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez. Jelasnya, UMNO menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua kaum namun semua kaum harus menghormati kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini. “Kita menghormati pandangan rakan-rakan dalam komponen Barisan Nasional (BN). […]

» Read more

Akar Umbi Mesti Bersatu Hati, Tolak Anasir Yang Mahu Pecah-belah Kesatuan Parti

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Rais Yasin berkata sempena persidangan tahunan di peringkat cawangan ini, ahli di peringkat akar umbi mesti bersatu hati dan menolak sebarang anasir yang mahu memecah-belahkan kesatuan parti. Ujar Exco Kerajaan Negeri Melaka itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli untuk terus memperkukuhkan parti dan seterusnya mampu memberi khidmat […]

» Read more
1 176 177 178 179 180 370