Pilih Calon BN Sabtu Ini, Setia Dan Berprinsip – Wan Rosdy
KINABATANGAN, 28 Nov — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berharap pengundi agar memilih calon BN yang benar-benar setia dan berprinsip pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, sambil memberi jaminan bahawa calon yang diketengahkan parti itu tidak akan melompat parti.
Menurut beliau, BN telah melalui proses tapisan yang ketat bagi memastikan hanya calon yang tulen, berjiwa perjuangan, dan sayang kepada parti diberi mandat untuk bertanding.
“Yang ada sekarang ialah calon yang genuine, yang original, yang sayang pada perjuangan BN. Walau ditekan dari mana sekalipun, mereka tidak akan lari,” katanya ketika berucap di program bersama jentera BN di DUN Lamag, semalam.Turut serta calon BN Dun lamag yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Wan Rosdy seterusnya mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan pelbagai sentimen serta persepsi yang dimainkan pihak tertentu menjelang saat akhir pengundian.
“Kita jangan terpengaruh dengan parti-parti lain yang hanya memainkan persepsi, sentimen, isu, dan fitnah. Itu kerja dia. Mereka akan buat apa saja untuk memastikan Datuk Bung. Tetapi saya sangat yakin, optimis, insya-Allah, Datuk Bung akan menang dengan kerja kuat dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan,” ujarnya.
Beliau berkata demikia ketika berucap pada majlis ramah mesra DUN Lamag bersama calon BN kawasan berkenaan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Beliau seterusnya menzahirkan penghargaan terhadap semangat juang Datuk Seri Bung yang terus bangkit memperkukuh UMNO dan BN walaupun selepas kehilangan kuasa.
“Bukan mudah untuk membangkitkan semula sebuah parti selepas kalah. Tetapi atas kebijaksanaan dan semangat pahlawan Datuk Seri Bung Moktar, UMNO dan BN di Sabah kembali gagah berdiri,” ujarnya. – UMNO Online
