‘MAP’ Ajak Rakyat Undi BN Sabtu Ini, Realisasi 10 Agenda Pembangunan Di Sugut
BELURAN, 26 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut, Mohamad Arifin Pachuk mengajak masyarakat di kawasan itu untuk bersama-sama dengan beliau pada hari pembuangan undi Sabtu ini dengan memilih BN agar 10 agenda besar di kawasan tersebut dapat direalisasikan.
Menurut beliau Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah penentu untuk semua rakyat termasuklah di kawasan Sugut bagi meneruskan segala agenda dan perancangan perjuangan BN yang terhenti satu ketika dahulu.
“Salam warga Sugut. Saya Mohammad Arifin Pachuk, anak jati Sugut yang membesar di sini. Ini kisah saya, dan kenapa saya memilih untuk berbakti kepada tanah kelahiran kita.”
“Setelah 68 Tahun Merdeka kawasan ini masih ada yang belum mendapat kemudahan asas. Kita teruskan kesinambungan perjuangan Barisan Nasional yang terhenti dahulu. Inilah 10 agenda besar untuk mengangkat martabat Sugut,” katanya.
Kata beliau lagi pelbagai aspek khususnya soal keperluan asas seperti jalan, kesihatan dan sebagainya perlu dinaiktaraf sebaik mungkin untuk keselesaan warga Sugut seluruhnya.
“Daripada pendidikan, jalan raya, kesihatan, hingga ekonomi pelancongan & pertanian semuanya demi masa depan rakyat. Saya, bersama BNl komited membawa perubahan yang teratur, realistik dan boleh dilaksanakan. Sugut bangkit, Sugut maju,” ujarnya. – UMNO Online
