Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
KINABATANGAN, 26 Nov – Berbaki lagi tiga hari tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, jentera serta pendukung dari pelbagai setiap lapisan peringkat terus berkempen.
Masing-masing dengan pelbagai pendekatan tersendiri dalam usaha meyakinkan pengundi agar membuat pilihan yang terbaik demi masa depan Sabah dan rakyat seluruhnya.
Begitu juga di DUN Lamag dan Sukau jentera Barisan Nasional (BN) daripada pelbagai peringkat terus meningkatkan momentum masing-masing.
Di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Buang Sayang, DUN Lamag, Ketua UMNO Temerloh, Datuk Redzuan Hazimin bersama barisan jentera yang lain melaksanakan ziarah kasih dan berkempen bersemuka.
“Ziarah Kasih di PDM Buang Sayang bersama petugas pilihanraya BN DUN Lamag. Masuk suku terakhir tempuh berkempen ini, kami mengambil pendekatan dengan mengadakan ziarah kasih semaksimum yang mungkin ke rumah-rumah pengundi di sini.
“Alhamdulillah..kita dapat merasai sambutan dan penerimaan yang cukup baik daripada pengundi untuk calon BN DUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin,” katanya.
Kata beliau lagi semoga usaha dan segala bentuk kempen menjelang hari pengundian Sabtu ini memberikan kemenangan kepada calon BN.
“Semoga usaha ini dapat membantu memenangkan calon BN kita. ‘Radu Tatap Radu, ‘Radu Sampai Menang,” ujarnya. – UMNO Online
