PRN Sabah: Najib Sifatkan Pantai Dalit Bersatu Untuk Alfian

TUARAN, 24 Nov — Sambutan penduduk terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Pantai Dalit, Alfian Sambas, dilihat amat memberansangkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 29 November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani yang juga Timbalan Ketua UMNO Sri Gading, Datuk Najib Samuri, yang turun padang ke PDM Gayang semalam, berkata kehadiran penduduk dan anak muda menunjukkan keyakinan tinggi terhadap calon BN tersebut.

“Saudara Alfian bukan lagi asing buat penduduk DUN Pantai Dalit. Anak jati Tuaran ini sahabat saya sama-sama menjadi Ketua Pemuda UMNO pada penggal 2018–2022. Beliau telah menabur khidmat dan bakti sejak awal lagi dan layak menjadi pemimpin DUN Pantai Dalit,” katanya.

Najib turut melihat gabungan jentera tempatan dan jentera angkat memberi impak besar dalam usaha membantu kemenangan calon BN itu.

“Kombinasi jentera tempatan dan jentera angkat cukup ampuh, menjadikan usaha memastikan kemenangan Alfian Sambas pada 29 November lebih terancang dan tersusun,” katanya.

Beliau menyeru pengundi di Pantai Dalit agar memberi sokongan kepada calon nombor 7, Alfian Sambas, demi memastikan DUN Pantai Dalit kembali ke pangkuan BN. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO