“Hanya Ada Satu!” Warga Lamag Nyatakan Sokongan Kepada Bung

KINABATANGAN, 24 Nov – Ribuan warga Lamag membanjiri Himpunan “Hanya Ada Yang Satu” sebagai tanda sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 November ini.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar, kehadiran luar biasa itu mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Bung Moktar serta peranan beliau di Lamag.

Himpunan itu juga menyaksikan penyampaian beberapa Anugerah Kecemerlangan Belia dalam sektor perniagaan, TVET dan jati diri belia, sebagai penghargaan kepada anak muda yang menjadi pemangkin pembangunan belia lain.

Satu Anugerah Khas turut diberikan kepada Allahyarham Salpuddin Yahya @ Apek, mantan Setiausaha Pemuda Kinabatangan, atas sumbangan beliau dalam mengangkat belia Kinabatangan khususnya dalam bidang sukan dan perniagaan.

Mohd Naim turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan himpunan itu, sambil menegaskan bahawa sokongan rakyat membuktikan Barisan Nasional (BN)  terus mendapat tempat di hati masyarakat DUN Lamag.- UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO