Penduduk Sukau Harap Datuk Jafry Terus Diberi Kepercayaan 29 Nov Ini
KINABATANGAN, 22 Nov — Penduduk Sukau menzahirkan harapan tinggi agar calon Barisan Nasional (BN) DUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin, terus diberi mandat oleh rakyat bagi memastikan kesinambungan pembangunan dan perjuangan membela masyarakat luar bandar tidak terhenti.
Mohd Fadlan Irfan Dani dari Kampung Bilit berkata, beliau sudah lama mengenali Datuk Jafry dan menyifatkan pemimpin itu sebagai profesional, rendah diri, dan sentiasa dekat dengan rakyat.
“Datuk Jafry banyak membantu penduduk sejak dahulu. Beliau turun padang untuk melihat sendiri keadaan kampung dan mencari jalan membantu masyarakat,” kata Fadlan irfan.
Beliau menambah, penduduk Sukau yakin Datuk Jafry mampu terus memimpin dan membawa pembangunan ke kawasan luar bandar, serta memastikan suara rakyat didengari di peringkat negeri.
“Kami harap beliau terus diberi peluang untuk memimpin. Hanya Datuk Jafry yang faham keperluan sebenar rakyat dan boleh meneruskan agenda pembangunan di Sukau,” ujarnya.
Menurut Fadlanirfan, pemimpin yang turun padang, memahami keperluan rakyat, dan berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat adalah kunci untuk memastikan pembangunan dan kebajikan penduduk luar bandar berjalan lancar.
“Rakyat Sukau mahu pemimpin yang bekerja, bukan sekadar berjanji. Datuk Jafry sudah membuktikan kemampuan dan keikhlasan beliau,” tegasnya. – UMNO Online
