Kempen PRN Sabah: Dr. Asyraf Turun Padang Bersama Calon BN Sg Sibuga

SANDAKAN, 20 Nov — Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, meneruskan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah memasuki dengan turun padang bagi menyokong calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Sibuga, Datuk Suhaimi Nasir.
Beliau berkesempatan bertemu masyarakat tempatan di PPR Taman Murni, di sini, dan menyifatkan kehadiran penduduk yang mesra serta penuh harapan sebagai simbol sokongan terhadap kepimpinan calon BN.
“’Di N52 Sg Sibuga, Barisan Nasional (BN) menampilkan Datuk Suhaimi Nasir, seorang calon berpengalaman, komited, dekat dengan masyarakat, dan sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan rakyat. Beliau tahu denyut nadi penduduk di sini dan sentiasa turun padang mendengar serta menyelesaikan masalah setempat,” kata Dr. Asyraf.
Dr. Asyraf yakin, dengan sokongan masyarakat, DUN Sg Sibuga akan terus dipimpin oleh pemimpin yang amanah, berintegriti, dan benar-benar bekerja untuk rakyat.
“Insya-Allah, dengan kebersamaan masyarakat, kita yakin DUN Sg Sibuga akan terus dipimpin oleh pemimpin yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat. Semoga kemenangan milik BN,” katanya.- UMNO Online
Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO