80 Peratus Calon Muka Baharu: Undi BN Untuk Masa Depan Sabah

DALAM landskap politik Sabah yang terus berkembang, langkah Barisan Nasional (BN) menampilkan 80 peratus calon muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2025 bukan sekadar angka malah ia mencerminkan satu perubahan besar dalam pendekatan politik dan kepimpinan negeri ini.

Langkah ini menonjolkan keberanian BN untuk melakukan rejuvenasi politik secara menyeluruh, sekali gus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap keupayaan parti untuk beradaptasi dengan keperluan semasa.

Berbanding parti lain seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menampilkan 30 peratus calon baharu dan Warisan sebanyak 40 peratus, BN jelas menunjukkan komitmen serius dalam melahirkan barisan kepimpinan yang lebih segar dan progresif.

Kehadiran calon-calon baharu, muda dan profesional dalam senarai BN memberi gambaran bahawa parti ini melangkah ke fasa baharu iaitu fasa yang menekankan daya fikir kreatif, semangat juang tinggi serta keupayaan untuk memahami cabaran semasa rakyat Sabah.

Antara muka baharu yang diketengahkan BN kali ini termasuk Dr. Shahnon Rizal Thaijuddin yang akan bertanding di N.12 Sulaman, Alfian Sambas di N.13 Pantai Dalit; Arfanshah Abdul Gafar di N.17 Darau; Mohd Zharif Aizat Datuk Samsuddin di N.53 Sekong dan Dr. Elmiariezan Ardan di N.68 Apas

Turut disenaraikan ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan yang akan bertanding di N.09 Tempasuk dan Ketua UMNO Bahagian Keningau, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi di N.41 Liawan manakala di N.46 Nabawan calon dari Puteri UMNO, Laiji Ompongoh.

Ini adalah antara barisan yang disebutkan daripada 80 peratus calon baharu yang melengkapkan pelapis kepimpinan untuk mewakili rakyat dan diyakini mampu membawa nafas segar dalam perjuangan BN di Sabah.

Pemilihan calon-calon ini menggambarkan keseimbangan antara profesional muda, pemimpin akar umbi serta tokoh berpengalaman yang komited untuk membawa perubahan positif di kawasan masing-masing. Tentunya, pemilihan mereka ini bukan sahaja untuk membawa idea baharu, tetapi juga semangat dalam memperjuangkan isu pembangunan, peluang pekerjaan dan kesejahteraan rakyat Sabah secara menyeluruh.

Keputusan memperkenalkan ramai calon baharu bukan satu langkah mudah. Ia memerlukan keberanian politik dan keyakinan terhadap masa depan parti. BN membuktikan bahawa perubahan tidak semestinya datang daripada tekanan, tetapi boleh lahir daripada perjuangan untuk terus relevan dan berkhidmat dengan lebih baik.

Dalam konteks ini, BN bukan sahaja menawarkan wajah baharu, tetapi juga nilai baharu, keupayaan integriti dengan kejujuran untuk berkhidmat dalam kepimpinan, dan semangat perpaduan yang menjadi teras perjuangan parti sejak dahulu.

Rakyat Sabah kini berdepan pilihan penting. PRN 2025 bukan sekadar menentukan siapa yang memerintah, tetapi juga arah masa depan negeri ini. Seruan BN, “undilah yang baharu dengan idea segar,” sewajarnya menjadi antara idea kepada simbol perjuangan untuk ‘Bikin Balik Sabah’.

Dengan kombinasi pengalaman dan tenaga baharu, Barisan Nasional bukan sekadar menawarkan calon, tetapi sebuah harapan untuk kestabilan sebagai teras kemakmuran. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO