Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Durian Tunggal

ALOR GAJAH 4 Nov–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beramah mesra dan bersarapan bersama penduduk serta pemimpin setempat di Warung Mak Leha, Durian Tunggal hari ini. Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Durian Tunggal meneruskan agenda mendekati dan menyantuni rakyat. Turut mengadakan lawatan ke SK Belimbing Dalam bagi menandatangani Mural “Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat” sambil menyampaikan kata-kata semangat kepada anak-anak murid agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran.


