Townhall “Kita-Kita Juga Ba Ni” Platform Suara Anak Muda Sabah — Suhaimi
SANDAKAN, 2 Nov – Suara dan pandangan generasi muda perlu terus didengar dan diberi ruang dalam menentukan hala tuju pembangunan negeri, kata Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel dalam sesi Townhall “Kita-Kita Juga Ba Ni” yang berlangsung di Aisyadelia Cottage, Batu 14, Sandakan malam ini.
Sesi berkenaan membincangkan topik “Aspirasi Anak Muda, Tanggungjawab Kita”bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, dan dikendalikan oleh Haji Aminuddin Ismail sebagai moderator.
Menurut Suhaimi, perbincangan seperti itu penting bagi memahami keperluan sebenar anak muda serta memastikan pandangan mereka diterjemahkan dalam bentuk dasar dan pelaksanaan yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah secara keseluruhan.
“Anak muda adalah pewaris masa depan negeri ini. Suara dan idea mereka perlu diraikan kerana di tangan merekalah terletaknya hala tuju masa depan Sabah,” katanya. – UMNO Online
