Karnival Kampung Angkat Madani

BATU PAHAT 28 Sept–Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpeluang bersama masyarakat di Kompleks Penghulu Mukim 3, Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat dalam Karnival Kampung Angkat Madani anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Khairul Shahril Idrus, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, dan berjaya menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan serta masyarakat setempat dalam suasana penuh kemeriahan dan kebersamaan.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO