Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah

PUTRAJAYA 19 Mei–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bil. 1 Tahun 2025 bagi memastikan pendekatan menyeluruh, strategik dan tegas diambil dalam membanteras gejala ini.
Mesyuarat hari ini telah meluluskan Pelan Komunikasi Antidadah 2025โ€“2027, sebuah pelan strategik yang menumpukan kepada perubahan sikap, peningkatan kesedaran, dan penyampaian maklumat yang tepat melalui sinergi pelbagai agensi ke arah gerakan nasional melawan dadah secara kolektif.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO