Mesyuarat Majlis Sosial Negara

PUTRAJAYA 9 Mei–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bil. 1 Tahun 2025 untuk memperkukuh dasar sosial negara secara menyeluruh.
Mesyuarat telah membuat beberapa keputusan penting antaranya, penubuhan Jawatankuasa Khas untuk menyelaras pendidikan prasekolah Islam, agar penyampaian pendidikan awal kanak-kanak menjadi lebih tersusun, berkualiti dan selamat. Kita mahu anak-anak kita mendapat asas yang kukuh bukan sahaja dalam ilmu, tetapi juga dalam nilai dan akhlak.