Pertemuan Dua Hala

KUALA LUMPUR 15 April — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani merasmikan Dialog Forest, Agriculture, Commodity and Trade (FACT) 2025 .Pertemuan dua hala bersama Menteri Iklim United Kingdom, Rt. Hon Kerry McCarthy; Penasihat Kanan Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Dida Gardera; Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Chan Foong Hin; serta Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof ini memberi ruang untuk perbincangan dengan lebih mendalam mengenai hala tuju pelaksanaan inisiatif di bawah Dialog FACT, termasuk usaha memperkukuh rantaian bekalan agrikomoditi global yang lebih mampan, inklusif dan saksama — khususnya bagi negara pengeluar seperti Malaysia dan Indonesia.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit