Inilah Antara Tujuan…Kenapa Kami Tubuhkan Sektetariat Anak Pahang – Wan Rosdy
KUALA LUMPUR, 4 April – Sekretariat Perantau Anak Pahang memainkan peranannya yang tersendiri dalam usaha menjaga kebajikan anak-anak negeri berkenaan di perantauan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi perkongsian di Facebooknya melihat peranan yang dilakukan oleh sektariat berkenaan amat membanggakan.
“Terima kasih kepada Sekretariat Perantau Anak Pahang menerusi Pegawainya, Syed Anas Datuk Sri Syed Ali yang telah menyerahkan sumbangan awal Kerajaan Negeri Pahang kepada Puan Zurina Mohd Isa, salah seorang mangsa yang terjejas dalam kejadian kebakaran saluran paip gas Petronas di Putra Hight, Selangor, Selasa lalu.
“Semoga Puan Zurina dan keluarga yang berasal dari Jengka 8 terus tabah menghadapi dugaan dan ujian ini lebih-lebih lagi kejadian ini berlaku ketika kita sedang menyambut perayaan Aidilfitri,” katanya.
Kata Wan Rosdy lagi itulah matlamat utama penubuhan sekretariat berkenaan supaya kebajikan anak-anak Pahang sentiasa terjaga.
“Inilah antara objektif utama mengapa Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Sekretariat Perantau Anak Pahang agar Kerajaan Negeri dapat membantu dan menyantuni anak-anak Pahang di perantauan agar mereka tidak merasa tersisih dan sentiasa diberi perhatian terutamanya jika dilanda musibah.Prestasi dipertingkat kemakmuran dipertahan,” ujarnya.- UMNO Online