Pengerusi Veteran UMNO Dilantik MKT, Penggantungan Tajuddin Rahman Ditarik Balik

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Menerusi satu kenyataan media Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bermesyuarat malam ini, Pengerusi Veteran UMNO Malaysia Datuk Othman Desa telah dilantik sebagai ahli MKT.

Hal tersebut telah diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas mesyuarat MKT yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn. 

“Majlis Kerja Tertinggi mengucapkan tahniah atas perlantikan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi dilantik,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau memaklumkan bahawa MKT UMNO telah sebulat suara melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli UMNO berkuat kuasa serta merta.

“Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli UMNO berkuat kuasa serta merta selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO,” katanya.

Untuk rekod, Tajuddin yang juga bekas ahli MKT telah digugurkan sebagai ahli parti melalui surat yang dihantar oleh Presiden parti. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit