Meraikan Pelajar-Pelajar SMK Dato’ Sedia Raja

KUALA LUMPUR 28 Okt–Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan meraikan 60 orang pelajar-pelajar dari SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau dalam satu jamuan minum petang.
Mereka adalah pelaja-pelajar tingkatan enam ataupun pra-universiti yang pada sebelah pagi telah mengadakan lawatan ke Menara Berkembar Petronas, Universiti Malaya dan berpeluang menyaksikan perbahasan di dalam Dewan Parlimen.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79