Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

PUTRAJAYA 10 Okt — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bil. 3 Tahun 2024 yang melibatkan pelbagai pihak termasuk YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pegawai kanan Kementerian, wakil Kerajaan Negeri, korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), industri dan wakil pengguna.
Antara isu utama yang dibincangkan ialah peningkatan nisbah hutang isi rumah kepada KDNK dari 67.2% pada tahun 2002 kepada 81.2% pada 2022, yang didorong oleh kredit perumahan. Kenaikan mendadak dalam sektor hartanah kediaman ini memberi kesan besar kepada pendapatan boleh guna rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.