Pelancaran Insentif Khemah Usahawan Mikro

JOHOR BAHRU, 30 Mei — Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (empat, kiri) menyampaikan khemah kepada peniaga Bazar Karat pada Majlis Pelancaran Insentif Khemah Usahawan Mikro & Hari PUJB Bertemu Usahawan di Bazar Karat Johor Bahru malam tadi.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah (tiga, kiri).

JOHOR BAHRU, 30 Mei — Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi melawat gerai peniaga Bazar Karat selepas melancarkan Insentif Khemah Usahawan Mikro & Hari PUJB Bertemu Usahawan di Bazar Karat Johor Bahru malam tadi. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah.

JOHOR BAHRU, 30 Mei — Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bergambar bersama penerima-penerima selepas menyampaikan khemah kepada peniaga Bazar Karat pada Majlis Pelancaran Insentif Khemah Usahawan Mikro & Hari PUJB Bertemu Usahawan di Bazar Karat Johor Bahru malam tadi. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah (tiga, kiri).

JOHOR BAHRU, 30 Mei — Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (tiga, kiri) menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah (kiri) menyerahkan replika cek geran Usahawan Maju Johor 2024 kepada Pengurus Besar Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd Mohamad Radif Kosnin (kanan) pada Majlis Pelancaran Insentif Khemah Usahawan Mikro & Hari PUJB Bertemu Usahawan di Bazar Karat Johor Bahru malam tadi.

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.