Kunjungan Ke Singapura

SINGAPURA 28 Mei–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Negeri Republik Singapura TYT Vivian Balakrishnan @vivianbalakrishnan di sini hari ini.
Semasa pertemuan tersebut, saya TYT Vivian Balakrishnan telah membincangkan pelbagai isu berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Singapura termasuk potensi kerjasama dalam sektor-sektor baru. Perbincangan turut meliputi isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

SINGAPURA 28 Mei–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjung hormat ke atas Presiden Republik Singapura, TYT Tharman Shanmugaratnam di Istana Singapura.
Hasil perbincangan, Malaysia dan Singapura memperakui hubungan dua hala kedua-dua negara berada di landasan yang positif dan menyatakan komitmen dalam meningkatkan lagi hubungan baik dan kerjasama bersama.

SINGAPURA 28 Mei–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan atas Menteri Kanan Republik Singapura TYT Lee Hsien Loong di Istana Singapura hari ini.

SINGAPURA 28 Mei–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Republik Singapura. TYT Lawrence Wong di sini hari ini.
Dalam pertemuan penuh makna ini, kami membincangkan kemajuan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara Malaysia dan Republik Singapura yang berteraskan jalinan akrab sejak sekian lama.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.