Mengurniakan Surat Cara Pelantikan Kepada Tun Mohd Ali Rustam

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Mohd Ali Rustam (kiri) sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua bermula 4 Jun 2024.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara.

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (tengah) berkenan bergambar bersama Tun Mohd Ali Rustam selepas Istiadat Surat Cara Pelantikan kepada Tun Mohd Ali Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua bermula 4 Jun 2024 di Singgahsana Kecil, Istana Negara, hari ini.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (enam, kanan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa (lima, kanan), Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (empat, kanan), Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (empat, kiri) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim (dua, kiri).

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.