Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan

JOHOR BAHRU 27 MEI – Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengiringi YAB Perdana Menteri ke Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Angsana Mall, Johor Bahru. Minggu Perpaduan ini bukan sahaja ruang untuk kita mengenal budaya dan tradisi, atau sekadar melihat pertunjukan nyanyian dan tarian. Tetapi ia juga adalah kesempatan buat kita mengenang kembali sejarah, khususnya perjuangan tokoh-tokoh terdahulu yang telah menyatukan seluruh bangsa dan kaum, dalam mengecapi nikmat keamanan dan kemerdekaan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.