Sesi Pencerahan Isu Semasa Beri Ruang Pimpinan Akar Umbi Kongsi Pandangan

KUALA LUMPUR, 21 April – Sesi turun padang Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ke bahagian  ternyata memberi ruang pimpinan akar umbi untuk berkongsi pandangan secara dua hala antara kepimpinan pusat serta empat peringkat bahagian.

Selepas UMNO Bahagian Bagan Serai dan Parit Buntar semalam, hari ini pimpinan empat peringkat bahagian Tambun pula berpeluang untuk bersoal jawab serta berkongsi pandangan berkaitan isu semasa selain taklimat persidangan UMNO Cawangan-Cawangan bahagian terbabit.

“Dari Parit Buntar semalam, pagi ini bersama-sama AJK UMNO Empat  Peringkat Bahagian Tambun bagi sesi pencerahan isu-isu semasa dan taklimat persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Bahagian Tambun bertempat di Bangunan UMNO Perak, Ipoh.

“Teruja saya menerima banyak soalan-soalan secara terus daripada ahli-ahli akar umbi mengenai isu-isu politik semasa dan sesi soal jawab berlangsung dengan aktif sekali serta dapat mengambil kira pandangan-pandangan ahli akar umbi untuk dibawakan kepada peringkat tertinggi parti.

“Terima kasih Datuk Dr Aminuddin Hanafiah, Ketua UMNO Bahagian Tambun merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak serta barisan kepimpinan UMNO Tambunan atas undangan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Beliau seterusnya melahirkan penghargaan kepada pimpinan serta mereka yang hadir atas

semangat dan komitmen masing-masing dalam melaksakaan tanggungjawab kepada parti serta takyat.

“Terima kasih buat semua yang hadir, semoga kita terus istiqamah dalam wadah perjuangan parti keramat UMNO ini demi membela Agama, Bangsa dan Tanah air,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.