Yakinkan Rakyat Terhadap Perjuangan UMNO/BN – Noraini

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengakui cabaran besar pemimpin-pemimpin parti untuk meyakinkan rakyat berkenaan persepsi mereka terhadap UMNO/Barisan Nasional (BN).

Kenyataan beliau itu diberika menerusi hantaran di Facebooknya ketika berkongsi kehadirannya ke Kursus Kepimpinan Wanita UMNO Negeri Sembilan.

“Antara cabaran besar yang dihadapi oleh kita sebagai pemimpin UMNO ialah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap UMNO dan BN,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut meluah rasa berbesar hati dengan penganjuran program seumpama ini yang diadakan di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy.

Noraini berkata, ianya medan terbaik dalam meningkatkan gerak kerja Wanita UMNO sebagai usaha untuk memenangi hati rakyat.

“Saya menghadiri Kursus Kepimpinan Wanita UMNO Negeri Sembilan. Selain berkesempatan minum petang bersama, saya turut melahirkan rasa gembira di atas kejayaan kepimpinan Wanita UMNO Negeri Sembilan menganjurkan program sebegini.

“Program ini bukan sahaja dapat merapatkan ukhwah di antara satu sama lain tetapi juga dapat menjadi medan perbincangan dan percambahan idea untuk memantapkan lagi gerak kerja Wanita dalam menyantuni rakyat dan ahli di akar umbi,” ujar beliau.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan Puan Seri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan seluruh kepimpinan Wanita UMNO negeri. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.