Aznan Sedia Pikul Tanggungjawab Sebagai Exco Pendidikan Dan Penerangan Johor

JOHOR BAHRU, 14 Feb – Pemerkasaan institusi pendidikan di negeri ini menjadi fokus utama diberikan perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor yang baharu Aznan Tamin.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tanjung Surat memaklumkan fokus berkenaan juga merupakan keutamaan Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Justeru, Presiden Majlis Belia Negeri Johor itu menzahirkan kesediaan untuk melaksanakan tugas sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor yang diamanahkan dengan penuh rasa bertanggungjawab.

Selain itu, Aznan menjunjung setinggi-tinggi kasih buat DYAM Pemangku Sultan Johor atas perkenan dan kepercayaan untuk menggalas dua portfolio yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Terdahulu, beliau mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Pelantikan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Selasa.

Ia disusuli dengan pengumuman pelantikan dan penstrukturan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor bagi tahun 2024 hingga 2027 oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri.

Pelantikan dan penstrukturan semula Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor itu atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan DYAM Pemangku Sultan Johor. – MediaDigitalJohor

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.