Kerjasama Soal Pendidikan Nilai Tambah Lahirkan Kejayaan Pelajar – Mutalif

KUALA LUMPUR 10 Dis – Ketua UMNO Petaling Jaya, Datuk Mutalif Rahim melihat kerjasama pelbagai pihak dalam soal pendidikan merupakan nilai tambah kepada para pelajar terutama yang akan menduduki peperikasaan.

Justeru beliau berharap inisiatif yang dilaksanakan oleh ICMS dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Kemajuan Intelek UMNO bahagian berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Hari ini seawal jam 8.00 pagi, saya hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan untuk pelepasan rombongan pelajar-pelajar ke Program Tuisyen Khas Pelajar SPM anjuran ICMS dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Kemajuan Intelek UMNO Bahagian Petaling Jaya.

“Seramai 100 orang pelajar yang mengikuti program ini dan membabitkan subjek yang tertentu dengan perancangan masa yang sesuai serta tidak terlalu memberi tekanan kepada pelajar-pelajar,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Sambil mengucapkan penghargaan kepada pihak ICMS atas inisiatif berkenaan, beliau seterusnya menambah usaha sedemikian merupakan pendekatan yang terbaik.

“Terima kasih kepada pihak ICMS dengan penganjuran program seperti ini. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki SPM tidak lama lagi dan capailah kejayaan setinggi mungkin.” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.