Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR, 26 Okt — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (empat, kanan) dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (lima, kanan) berkenan hadir pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 yang dipengerusikan Sultan Johor di Istana Negara hari ini.
Turut berangkat, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (dua, kiri) dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kanan).
Turut bersama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,(tiga, kanan), Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (tiga, kiri), Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (kanan).

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.