PRK Pelangai: Ahmad Zahid Ucap Terima Kasih Bawa Kejayaan, Pertahan Kerusi BN


KUALA LUMPUR, 8 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi DUN Pelangai dan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Amizar Abu Adam atas kemenangan pada PRK DUN Pelangai kali ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Pahang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang telah dapat membawa kejayaan PRK ini sekali lagi dan sekaligus mempertahankan kerusi BN.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera BN juga rakan-rakan di dalam Kerajaan Perpaduan, jentera daripada negeri-negeri yang banyak membantu terutamanya jentera-jentera akar umbi di PDM-PDM dan tidak dilupakan kepimpinan UMNO Bahagian Bentong yang dipandu oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh serta seluruh jawatankuasa empat peringkat yang banyak menyumbang kepada kemenangan ini.

“Saya ucapkan terima kasih, syabas dan tahniah! Ini adalah petanda bahawa tidak ada gelombang hijau di Negeri Pahang dan yang ada hanyalah Gelombang Biru & Merah yang semakin diterima rakyat Malaysia. Insya-Allah,” katanya lagi.

Amizar memenangi PRK DUN Pelangai, dengan majoriti undi sebanyak 2,949 menerusi saingan tiga penjuru. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.