PRK Pelangai: Cendol Bentong Santan Sawit, Kopi Hainan Meriahkan Suasana Pengundian

BENTONG, 7 Okt – Cendol Bentong Santan Sawit dan Kopi Hainan menjadi tarikan di SMK Seri Pelangai apabila pengundi yang selesai membuang undi singgah menghilangkan dahaga.

Penjaja minuman yang membuka gerai di kawasan yang dibenarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menceriakan suasana dengan bertanya khabar mereka yang datang membuang undi dan mengucapkan selamat mengundi.

Suasana pengundian dilihat lancar dengan pihak berkuasa keselamatan mengawal lalu lintas dan pengundi silih berganti keluar masuk ke pusat pengundian yang dibuka pagi tadi.

Kelihatan pengundi beratur untuk mengambil giliran membuat pilihan di tempat yang disediakan dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu melicinkan proses pemilihan pengundi bagi Pusat Daerah Mengundi Simpang Pelangai. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.