MB Pahang Bawa Keluar Pengundi, Jadikan Inspirasi Kepada Jentera Parti

BENTONG, 7 Okt – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini turut mengambil pendekatan membawa pengundi keluar dalam usaha meningkatkan lagi semangat jentera parti pelbagai peringkat.

Menurut beliau usaha tersebut yang turut dilaksanakan oleh barisan Exco Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua bahagian dan seluruh jentera lain sekaligus memberi suntikan kekuatan untuk seluruh jentera parti membawa keluar seramai mungkin pengundi.

“Saya menyeru pengundi keluar awal dan meminta jentera bawa keluar pengundi… jadi tidak adil hanya seladar mengeluarkan arahan dan sebagainya tanpa saya berbuat sesuatu.

“Jadi saya sendiri bawa pengundi pagi tadi dengan tujuan untuk memberi semangat serta motivasi kepada jentera supaya mereka pun terus berusaha bawa pengundi.

“Dengan cara ini dapat memotivasikan jentera kita di semua peringkat dan sampai masa saya praktikkan. Exco pun bawa keluar pengundi termasuklah ketua bahagian serta jentera parti yang lain,” katanya kepada UMNO Online di Pusat Daerah Mengundi (PDM)

Wan Rosdy seterusnya menambah pusat-pusat pengundian berjalan lancar dan berlangsung dengan baik.

“Alhamdulillah setakat ini pengundian berjalan lancar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah keluar mengundi dan tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku.

“Terima kasih kepada pengundi dan seluruh jentera yang bekerja kuat serta bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon kita Datuk Amizar dan harap ianya berterusan hingga ke petang. Masa tinggal beberapa jam sahaja lagi dan saya ingat jentera terus bawa pengundi keluar kadar segera,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.