Cuaca Baik, Amizar Harap Pengundi Terus Keluar Mengundi

Bentong, 7 Okt – Calon Barisan Nasional  (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam berharap pengundi mengambil kesempatan untuk keluar mengundi di pusat-pusat pengundian yang disediakan sebelum pusat berkenaan ditutup jam 6.00 petang nanti.

Menurut beliau pengundi yang berdaftar perlu mengambil kesempatan dengan keadaan cuaca yang baik pada tengahari ini untuk keluar membuat pilihan masing-masing.

“Alhamdulillah… pagi tadi saya melawat beberapa pusat pengundian dan tengahari ini saya berada di SK Pelangai dan beberapa pusat pengundian yang lain. Terima kasih dan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melancarkan proses pembuangan undi pada PRK Pelangai hari ini,” katanya kepada UMNO Online, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau singgah melawat pusat pengundian SK Pelangai, PDM Jawi-Jawi.

Seramai 16,456 pemilih berdaftar layak akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini bagi memilih wakil rakyat kerusi N36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

DUN terbabit diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 14 hari berkempen bermula dari 23 Sept lalu sebagai hari penamaan calon dan hari ini adalah pengundian PRK DUN Pelangai membabitkan pemilih berdaftar. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.