Amizar Zahir Penghargaan Pada Jentera BN, Komitmen Tinggi Untuk Parti

BENTONG, 7 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam menzahirkan penghargaan kepada semua jentera BN yang sentiasa berkerja keras demi memastikan kemenangan parti.

Menurut beliau kerjasama dan komitmen mereka amat tinggi dan berharap terus kekal hingga pusat pengundian ditutup pada pukul 6 petang nanti.

“Saya mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua jentera-jentera parti dan terharu dengan kesiapsiagaan dan pengorbanan jentera yang berkorban dan menjalankan amanah sebagai jentera parti yang telah bertugas bertungkus Lumus untuk memastikan kemenangan BN pada kali ini,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Seramai 16,456 pemilih berdaftar layak akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini bagi memilih wakil rakyat kerusi N36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

DUN terbabit diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 14 hari berkempen bermula dari 23 Sept lalu sebagai hari penamaan calon dan hari ini adalah pengundian PRK DUN Pelangai membabitkan pemilih berdaftar. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.